- Home Page : Jika pada version lama, anda perlu edit meta tag untuk menentukan keyword pada Title dan Description yang akan keluar di google, tidak lagi pada Thesis Blogger Template v2 kerana anda tidak perlu berhadapan koding sama sekali untuk menempatkan keyword pada Title dan Description anda tersebut.
- Single Post : Jika pada version lama anda tiada option untuk menentukan description yang akan keluar di google secara manual (kerana description automatik dah generate dari meta tag. Kini tidak lagi dengan Thesis Template v2, kerana ianya telah dipadankan dan anda boleh tentukan description yang akan keluar di google nanti melalui Search Preference Blogger New Interface (kebaikan: anda bebas menyusun keyword dengan lebih optimis).
- Jika anda tidak faham apa yang saya maksudkan diatas, abaikanlah. Namun ikuti tutorial mudah dibawah ini.
SEO Home Page (Sekali Sahaja Set Up)
Berikut adalah cara meletakkan Title Blog yang akan menjadi title di Google nanti. ( Dasboard > Setting > Basic > Masukkan Title dan Description yang nak keluar kat google seperti dibawah).
SEO Single Post (Setiap Kali Menulis Entry)
First step Enable-kan dahulu Search Description : Dashboard > Search Preference > Meta Tags > Description > Enable > Save !!Isi Description entri anda seperti gambar dibawah setiap kali menulis entri. Description yang anda isi disini akan keluar sebagai description di Google, oleh itu isi lah ianya dengan ringkas namun dengan susunan yang terdapat keyword yang anda target untuk rank.
.
Tips Menentukan Title dan Description
- Title Homepage mahupun Single Post : Sebaiknya jangan melebihi 50 ruang huruf dan kurangkan pengunaan sebarang simbol.
- Title Homepage mahupun Single Post : Dari sini jugalah anda patut letakkan keyword yang paling anda target untuk rank dengan tepat.
- Description Homepage mahupun Single Post : Sebaiknya anda menggunakan dalam 120 hingga 125 ruang huruf sahaja. Kerana jika berlebihan dari itu, ianya tidak muat di SERP google.
- Description Homepage mahupun Single Post : dalam description ini sebaiknya ada 2 kali keyword yang anda target.
Meta title dan description yang baik adalah untuk tempat yang baik di SERP, manakala content/artikel yang relevan dan baik adalah untuk santapan visitor anda!!