Index Blogger Blogspot Label pages di Google Search Engine

Index Blogger Blogspot label pages di Google Search Engine menggunakan custom robots txt. Tutorial index label blog Blogger (blogspot) di Google Search Engine ini hanya working untuk template Thesis version 3.1 atau keatas sahaja.

Saya tidak jumpa lagi mana-mana template Blogger seluruh dunia Internet yang memberi jaminan Index label pages blog anda tanpa menghadapi masalah SEO, masalah SEO yang dimaksudkan adalah error di Google Webmaster (Search Console). Antara masalah popularnya adalah, pada HTML suggestion Search Console: akan appear banyak error, ini kerana terdapat banyak duplicate. Oleh itu ingin saya tekankan awal² bahawa tutorial ini hanya valid untuk template Thesis version 3.1 atau keatas sahaja. Jika pengguna template lain mengaplikasikan setting kami ini, kami tidak bertanggungjawab keatas error yang pasti akan berlaku.

User Thesis Blogger Template version 3.1/+ let's do it!


Index Blogger Blogspot Label pages di Google Search Engine
Label bak category, rugi jika tak index


Index Label Blogspot untuk kebaikan SEO

Label pages tiada bezanya dengan function Category atau Tags pages yang ada pada Wordpress. Label pages juga adalah halaman yang menghimpunkan artikel-artikel yang related dengan nama label. Ianya sangat bagus, malah mungkin ia lebih bagus berbanding Home Page anda dalam SEO, kerana ia lebih spesifik dan related. Ianya akan menyumbang lebih weight untuk kekuatan keseluruhan blog anda dalam SEO. Jika Google Pagerank masih tidak hidden update, sudah tentu anda tahu bahawa label pages lah yang banyak PR tinggi selain dari Home Page dan beberapa Posts anda yang popular lainnya (andai di index ke Google Search Engine).


Kriteria penting untuk Index label Blogspot anda

Label yang di create pada blog anda, tiada option untuk di delete. So pastikan anda fikir dengan baik sebelum create new label meluluh. Jangan create label yang tidak berpotensi untuk di guna pakai oleh banyak posts.

Contoh label yang baik: Label di beri nama Gosip Artis Malaysia, ya ini antara pemilihan label yang baik, banyak posts berkaitan Artis Malaysia berpotensi boleh di letakkan under label ini.

Contoh label yang meluluh: pula adalah seperti label yang typo, atau label yang tidak boleh digunakan untuk banyak posts, misalnya memilih nama label Cukur Janggut atau contoh lainnya Anugerah skrin 2015 (kenapa letak 2015? anugerah Skrin hanya ada sekali setahun, bermaknya kemungkinan hanya ada satu posts dalam label ini).


Sukar untuk blog yang menggunakan Thesis Template menghadapi error di Search Console pada section HTML suggestion. Oleh itu, jika anda mahu melihat prestasi template ini, pastikan anda remove/ mark as fixed dahulu seberang error HTML suggesttion di Search Console blog anda; mungkin error hasil dari template lama sebelum install Thesis Template. Jadi dari situ anda boleh tahu adakah template ini memberikan error atau tidak dengan lebih tepat.


Tutorial index label Blogger (Blogspot) pages di Google Search Engine menggunakan Custom Robots txt

User-agent: Mediapartners-Google
Disallow: 

User-agent: *
Disallow: /*?updated
Disallow: /*showComment
Disallow: /*search?q
Disallow: /*search&q
Disallow: /*updated-max
Disallow: /*updated-min
Disallow: /*max-results
Disallow: /*by-date
Disallow: /*&start
Disallow: /*?start
Disallow: /*&*
Disallow: /*.php
Disallow: /*.asp
Allow: /

Sitemap: http://www.domainanda.com/feeds/posts/default
Sitemap: http://www.domainanda.com/atom.xml
Sitemap: http://www.domainanda.com/sitemap.xml
cukup dengan 3 sitemaps ini sahaja, jangan tambah atau kurangkan lagi.

Copy code diatas lalu tukar tulisan wanra oren kepada link homepage anda: kemudian pergi ke Dashboard Blog Blogger anda › klik Setting › klik Search Preferences › klik Custom robots.txt › klik edit › tick Yes › paste code diatas ke textarea yang muncul › klik Save Changes. Selesai!

Untuk mendapatkan hasil index yang cepat, sekaligus memantau adakah terdapat error di HTML suggestion Search Console nanti, selalulah linkkan text relevan ke Label pages anda. Boleh juga anda letakkan Label-label yang penting ke Menu Navigation, ataupun letak Label Clouds widget pada sidebar!

3 comments.. read them below or add one

Iam Programmer Shah Danial March 01, 2016
Suka saya ingatkan. Sebelum tutorial ini release, setting ini telah di uji lebih kurang 2 tahun di blog ujian. Custom robots.txt ini saya BERI JAMINAN tidak menghasilkan error di Google Webmaster, dan ianya working like a charm dengan Template Thesis Version 3.1 cheer .
Mad Malaysia Mad Malaysia March 28, 2017
Terbaik bos..sememangnya saya sedang mencari artikel cara index lebal di seo.baru sekarang jumpa jadi saya cuba sekarang,Terima kasih
Karimun jawa Karimun jawa April 14, 2017
the best mas danial. apakah this setting bisa untuk template yang lain selain thesis? terima kasih