About the Developer

Mahu mengenali developer template Thesis Blogger Template? Nama saya +ShahDanial, berikut adalah sedikit latar belakang saya yang related dengan dunia Internet.

Developer Shah Danial
Sikap Perfectionist saya memang sukar dibuang sejak kecil

  1. Bersikap Perfectionist, ianya sungguh tinggi menguji kudrat dan masa. Namun hasilnya andai tidak terasa sempurna, namun tetap suatu yang baik berbanding sambil lewa. Ianya telah merubah kekemasan penampilanku menjadi serabut serba serbi, untuk hasilkan kerja yang kemas tiada serabut. Ini adalah kelemahanku.
  2. Saya minat sains dan saya minat komputer. Saya minat Sains Komputer.
  3. Mula blogging dengan serius sejak 2008. Lebih kurang 8 tahun sehingga kini.
  4. Mula bersemangat buat duit melalui blog sejak 2009, selepas mendapat akaun Google Adsense masa itu. Masa itu Google Adsense tidak support blog bahasa Malaysia, jika pasang iklan, campaign tidak keluar. So nak tak nak, nak run Adsense kena masuk masuk international.
  5. Asalnya bercita-cita menjadi ahli sains, paling tidak pun penyiasat polis ala² CIA, mungkin kerana naluri ini sangat obses mengkaji, membuat analisa, membuat teori, mencetus kesimpulan, try error dan sebagainya. Namun itu tinggal cita, saya sudah tidak mencita-citakannya. Sekarang professionku menjurus kepada seorang Webmaster, kini saya ada banyak cita baharu saban waktu terbit di haluan underground.
  6. Memilih jalan underground dalam perusahaan Internet, agar membuahkan hasil yang lebih 'berisi' berbanding 'bunyi'. Sekaligus underground selamat berbanding terlalu mendedahkan diri. Saya ada banyak web (blog tak banyak) yang diusahakan dengan serius, tapi tiada siapa tahu, melainkan blog Thesis ini (sebab tak pasang iklan pun). Itu lebih baik dan tenang ;)
  7. Sekitar 2010 atau 2011, memenanangi sebuah Contest SEO untuk tempat kedua dan ketiga (1 lagi menggunakan blog yang lain). Hanya dengan PR0, untuk bersaing dengan blog-blog yang rata-rata PR3 hingga PR4. SEO ketika itu, pagerank adalah hampir kepada segala-galanya kekuatan SEO. Alhamdulillah, diberi peluang untuk bernasib baik dapat mengatasinya
  8. 2012: Menjadi coach membantu 4 orang rakan yang menjadi pemenang untuk Contest SEO Lelaki Kacak, dimana masing-masing mendapat tempat kedua, ketiga, kelima dan ketujuh di blog saya (actually saya tak join, hanya ada buat artikel bertujuan beri mereka 3 orang ni backlinks, tapi dinobatkan juga sebagai salah seorang pemenang, alhamdulillah rezeki dari Allah dan penganjur yang sempoi dan pemurah). Apa yang saya lakukan dalam contest ini, hanya lebih kepada memberi ilmu, ya: lebih kurang coaching. Contest SEO adalah tempat terbaik belajar SEO, sebab keywordnya pasti penuh saingan tidak henti. Sayangnya dalam contest ini mereka tidak laburkan membeli top level domain >_< , apapun saya berpuas hati dengan pemahaman mereka.
  9. 2012: Menjuarai grand SEO contest yang sengit anjuran penganjur gah terkenal dalam bab-bab contest sebegini, tidak lain tidak bukan Denaihati and Eyriqazz. Iaitu Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati.
  10. 2014: Membantu rakan Khairul Asrol(KA) memberi tips dalam sebuah contest SEO, alhamdulillah dia menjuarai Contest SEO Eridy diatas kakinya sendiri. Beliau seorang yang berbakat dan cepat menerima pelajaran yang disalurkan, walaupun dalam usia begitu muda beliau turut bersaing dalam beberapa cabaran, antaranya cabaran affiliate sengit dengan orang² lama IM. Hanya dengan berbekalkan SEO tanpa modal, tanpa beriklan di Google Adword, namun pulangannya memberangsangkan katanya. Nasihat saya, konsisten dan terus cari lubang untuk praktikkan passion untuk menjadi profit KA!
  11. Keluar dari topik SEO. Saya gemar melayari blog yang simple, minimal, megazine layout yang laju load, resposive, tersusun baik. Also flat design.
  12. Suka suka blog platform Blogger, Codeigniter dan Wordpress.
  13. Boleh berbahasa dalam beberapa bahasa: antaranya english, malay, bumiputera, PHP, xml, HTML5, CSS3, javascript/jquery, C++, jscoffee, angular dan arab sedikit.
  14. Lebih suka programming menggunakan perisian Windows 8.1 berbanding iOS or Linux (so far).
  15. Cukup obses dengan Google Adsense, kurang gemar Nuffnang atas banyak keburukan (jika anda salah seorang pengguna Nuffnang, please.. ada banyak alternatif lain yang anda boleh gunakan bila-bila masa. Mahupun sekarang. PM saya, ada banyak yang lebih berbaloi.
  16. Template Thesis Blogger Template ini? Template ini bukan untuk buat duit, sekadar menunaikan hasrat dan minat. Buktinya saya tak jual kepada semua orang dan saya tak masukkan ke pasaran global. Nak buat duit dengan lebih value, buat template bukannya satu² pilihan bagi saya :) . Apapun, template ini saya cipta bersama penghayatan, dengan korbankan masa serta tenaga, agar ada juga template Blogger yang boleh mengatasi beberapa kelemahan dasar platform Blogger.
  17. Anda nak beli Thesis Wordpress dan bayar sewa hosting monthly? saya tahu tidak semua orang mampu. Hatta, ini untuk anda
  18. Ramai yang beranggapan saya telah cuci kaki. Saya masih aktif underground. Buat masa ini, saya tidak rasa bahawa saya akan berpencen atas niat, melainkan itu sudah ketentuan. Cuma saya tidak aktif buka akaun social (ex: Facebook) kerana tiada tujuan dan boleh mengganggu progress yang banyak akibat ketagih bersantai.
  19. Itu sahaja saya sudi share, sebab itu orang dah tahu. Selebihnya biarlah terkubur underground.
  20. Thank you! add me on Facebook, or Google+. Hangout call saya anytime.
Aku prefer web popular dikalangan masyarakat yang bukan dari kalangan blogger. Bukan nama yang popular dikalangan Blogger sendiri. Ia lebih menguntungkan dan jauh dari risiko.