Thesis Blogger Template SEO Friendly

Thesis Blogger version 3 adalah lebih SEO friendly berbanding version sebelumnya. Thesis version 2 dan version sebelumnya telah banyak membantu juara blogger blogspot dalam contest SEO, membuktikan ianya bukan sekadar ungkapan kosong.

Namun demikian version kali ini sungguh berbeza berbanding yang sebelumnya. Perbezaannya ibarat langit dan bumi. Malahan kami sendiri cukup berpuas hati walaupun agak lama untuk melakukan pelbagai siri ekspirimen untuk menghasilkan template ini. Akhirnya kami telah menghasilkan pelbagai setting yang dynamic melengkapkan kekurangan² yang terdapat pada Blogger platform, sekaligus memaksimumkan kemampuan prestasi SEO on page sesebuah blog yang menggunakan hosting Blogspot.

Sesetengah Blogger begitu percaya dan taksub akan tool online tertentu yang dijana melalui Javascript. Kononnya tool pada laman sesawang tersebut membuat analysis SEO dari sudut Google. Anda tidak boleh mempercayainya melainkan ianya betul² tool rasmi Google. Antara yang terbaik adalah tool dari Google Developers sendiri. Google Developers memiliki beberapa tool yang sangat berguna dan boleh dipercayai.

Tool pada laman web chkme.com misalnya. Ianya dimiliki oleh seseorang yang juga sama seperti anda (bukan berkerja dengan Google). Kemudian individu tersebut akan memikirkan rules mengikut sudut beliau sendiri untuk membuat kiraan, lalu memberi score plus minus jika mengena dan tersasar selepas memuatkan data web tertentu menggunakan script function yang diciptanya. Rules ciptaanya tidak boleh dipercayai sepenuhnya, kerana ianya bukan Algorithm Google sebenar. malah anda pun boleh membuat web sama demikian dan memikirkan rules sendiri untuk calculate score. Antara ralat tools dari web chkme.com ialah: masih mengambil kita factor <meta name="keyword" />. Sedangkan ianya telah lama tidak mempengaruhi SEO, malahan sejak beberapa tahun lepas lagi. Tool ini tidak alert akan perubahan Algorithm.


Sekadar semudah menaip dan mengatakan template ini SEO friendly, semua blogger biasa berkata begitu. Oleh demikian, kami huraikan sedikit kelebihannya.

Struktur dan setting SEO On Page


Setting meta tag bagi <title /> dan descripton adalah dynamic.

  • Pada Static dan Post Page: apabila anda isi field meta description (disarankan), maka apa yang anda isi tersebut akan menjadi description post tersebut
  • Sesetangah blogger sangat kesuntukan masa dan tenaga menyebabkan mereka selalu tidak mengisi field meta description. Maka jika tiada custom meta description, Thesis akan generate description secara automatik pada post tersebut agar SEO friendly dan membantu highlight keyword.
  • idak hanya pada Post Page, malah demikian juga pada Home Page web anda. Anda boleh isi custom description sendiri (sebaiknya). Atau dibiarkan kosong (Thesis akan generate description).
  • Bukan setakat itu, malah di semua web page akan terdapat description yang SEO friendly. Semua web page yang kami maksudkan adalah seperti Label Page, Search Page, 404 page, Month Archive Page, Year Archive Page, Index pagenition Page dan lain-lain.
  • Malahan bukan sekadar title dan description sahaja. Terdapat beberapa lagi <tag /> yang diletakkan bagi memberi impak positif sekaligus mengelakkan impak negatif seperti duplicate content.
  • Jika visitor melawat web and menggunakan mobile, pihak Blogger akan redirect blog anda ke permalink version mobile, redirect dilakukan melalui root file. Anda tidak boleh elakkan root redirect ini dengan apa cara sekalipun, kerana anda tidak boleh akses hosting Blogger. Redirect ini dikhuatiri menhasilkan result duplicate content jika setting tidak betul. Namun masalah ini diatasi oleh Thesis, tiada istilah duplicate. Contoh: 3 URL dibawah seharusnya tidak memiliki meta <title /> dan <description/> yang sama:
    1. yourbloglink.com
    2. yourbloglink.com?m=1
    3. yourbloglink.com?m=0
  • Anda juga boleh menggunakan custom Robots.txt untuk tujuan Label Page di senaraikan pada index search engine seperti Google. Ianya telah diuji dan berjaya tanpa duplicate setelah banyak kali gagal ujian demi ujian.
  •  Bagi blog yang masih menggunakan sub domain Blogger (ex: namadomain.blogspot.com). Terdapat beberapa keburukan: iaitu redirect mengikut IP Negara visitor. Contohnya namadomain.blogspot.in (Indonesia), namadomain.blogspot.sg (Singapore) dan banyak lagi. Ianya boleh menimbulkan beberapa masalah dalam sesetengah proses: misalnya fb opengraph. Namun setup Thesis telah mengatasi masalah ini.
  • Template ini valid HTML5 validation di semua page.
  • Template ini tiada kesalahan dalam standard Google Markup pada semua page. Rujuk Structured Data Testing Tool ini.
  • Dan banyak lagi menjadi senjata rahsia.


Thesis Blogger Template SEO Friendly Thesis Blogger Template SEO Friendly

1 comment... add one now

broaus broaus August 17, 2015
Perghhh template terbaikkkk...